Wednesday, April 30, 2008

insomnia

dlu time tadika, sy gi rombongan ke zoo negara, tugu negara n mana tah lg tempat kt kl. malam tu sy tak boleh tdo coz takut x bangun pagi n kene tinggal bas.
saya ingatkan penyakit tu dah xde, tapi rupenya smpai skrg ade lagi. buktinya skrg sy x bole tido coz besok budak2 1 grup koas nk gi pantai..huhu...sy tak takot pon kena tinggal.. xpelaa kalo dorng nk tinggal cz sy dh pergi tempat tu byk kali pon, cume nape still xleh tdo ni??

Sunday, April 20, 2008

homesick home...

tengah wat homework ni..banyak btol..smbil2 tu sy baca2 blog org len..n 1 post ni mmg syahdu ditambah sy membacanya smbil dilatarbelakang kan oleh lagu i don't want want to miss a thing- by aerosmith...pd waktu hening pagi2 kol 3.00 am..mmg sayu je hati teringat msia yg dh brape lm x blk...lebih2 teringat ayah n ibu kt umah tinggal berdua je..anak2 seramai 7 org sume dh kuar menuntut ilmu(semoga usaha kita menuntut ilmu dihitung ibadah kerana Allah)..utk kita yang bergelar anak...sy dedicate kan madah ni taken from http://www.iresta.blogspot.com/...

Ketika berusia setahun,ibu suapkan makanan dan mandikan kita.
cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain,kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang, kita ucapkan terimakasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensel warna, kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Ketika berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita kesekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit :"tak nak! tak nak!".

apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola.cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecah kancermin tingkap jiran.

menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim, kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah,kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan pontengkelas.

berusia 10 tahun ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja, kita ucapkan terimakasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.

menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat,kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.

ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun.

ketika berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke ipta,kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.

ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayaryuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama, kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengankawan-kawan.

berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa,kita kata, "? itu bukan urusan ibu."

setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya, kita kata, "saya tak mahu jadi seperti ibu."

apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan? . "perabot pilihan ibu aku tak cantik, tak berkenan akuuu!"

menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan, kita menjeling dan merungut, "ibuuu,tooooolonglahhh? ."

ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita,tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

pada usia kita 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata,"? itu dulu, sekarang zaman moden."

ketika kita berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di kampung, kita berkata,"kami sibuk, tak ada masa nak datang."

apabila kita berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal!
khabar itu bagaikan petir! dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.jika ibu masih ada, sayangi dia. jika telah meninggal, ingatlah kasih dan sayangnya. sayangilah ibu kita, kerana kita semua hanya ada seorang ibu kandung.

bu, i love u soo mucchhh...muahh

Sunday, April 13, 2008

PENJUAL TELUR BIKIN PENING

Pada suatu hari di Pekan Rabu, seorang pembeli ingin membeli telur.
Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah... " (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"

Pembeli: "Adik ni jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang."....DUSHHH....!!

Wednesday, April 09, 2008

atuk

saya tgh baca blog faisal tehrani. tiba2 nmpak satu gambar yang familiar yg satu msia dh kenal.tak payah pon nk diperkenalkan lagi. satu sosok yang memang sy anggap memberi aura kepada saya. tapi saya tak tau nak sebut aura tu mcm mn. bile sy tgk wajah beliau, saya teringat arwah atuk kesayangan saya hj samsuddin, ayah kepada ayah saya. sepanjang hayat beliau, sama seperti wajah di page faisal tehrani atuk saya pon memberi aura positif yang sama. dan saya masih belum tau ape aura tu..
saya ingat lagi, saya pernah mintak pendapat beliau sama ada saya nak teruskan course sy di ukm atau ambik peluang pergi indonesia. dia tak bagi jawapan pon sebab dua-dua course yang sy ambil tu berguna untuk nusa dan bangsa. sama ada sy end up jadi guru atau doktor..dua-dua kerja yang mulia asal kita ikhlas dan niat untuk beribadah semata-mata. selepas tu sy ambik keputusan gi UGM since doktor mmg cita-cita sy dr drjah 4. then, kami bawak die gi sg besar(umah saya time tu) nk buat kenduri doa selamat. masa tu atuk mmg ensem. ade janggut sejemput mcm gamba kt page faisal tehrani(tp bukan FT)..hehehe...mase tu atuk sehat walafiat.
saya fly bulan aug 2003.masa dah start belaja hmpir setiap hari call umah. kadang2 cakap ngan atuk..ayah kate atuk tak sehat skrg..sy x dpt gambarkan mcm mn x sehatnya atuk time tu..then nov '03 sy blk nk raya...sy terkejut bile tgk atuk lemah betul..kalo x berbaring dia dok ats wheel chair..uzur sgt..mase tu lbh kurang 23 ramadhan.. then 1 pagi 26 or 27 ramadhan atuk dh nazak..sume org mmg tak stop ngaji...pagi isnin 27 ramadhan kot atuk meninggalkan dunia dengan aman...jenazahnya dimandikan ayah, pak uda(anak laki), pakcik yahya(menantu) n adik2 laki sy(cucu2 beliau)...jenazah dibawa ke kajang dan dimakamkan di sana..so raye thn tu kami sedih psl 1st time without atuk...al fatihah utk atuk...
then, dh abes cuti sy blk jogja..byk kali mimpi atuk..ade sekali atuk suruh sy bersabar...tak tau laa nape? ade sekali tu die dtg bilik sy kat jogja ni, then sy cite kt ayh, ayah kate die pon mimpi atuk, n dlm mimpi kitorg atuk pkai baju sama, baju melayu biru tua ngan kain pelikat biru jugak. ermm rindu atuk. dh 5thn lebeih atuk pergi. tapi mcm baru semalam atuk ajar sy ngaji, ajar tulis jawi, n bg nasihat2, ayat2 yg patut diamalkan dll..semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh..alfatihah...

p/s: oye...sosok yg sy tgk dlm page FT tu yg sy maksudkan kt ats td adalah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz..sy pernah bgtau atuk, atuk senyum jer...
n smpai skrg aura dari dua2 org tu still ade yang menyebabkan sy nk belajar, nk jd anak yg solehah, ..mungkin kerana sosok dorg yg lemah lembut tu kot!!


Tuesday, April 08, 2008

pernahkah kamu merasa bosan??

Pada awalnya manusialah yangmenciptakan kebiasaan. Namun lama kelamaan, kebiasaanlah yang menentukan tingkah laku manusia.Ada seorang yang hidupnya amat miskin. Namun walaupun ia miskin ia tetap rajin membaca.Suatu hari secara tak sengaja ia membaca sebuah buku kuno. Buku itumengatakan bahawa di sebuah pantai tertentu ada sebuah batu yang hidup,yang boleh mengubah benda apa saja menjadi emas. Setelah mempelajari isi buku itu dan memahami seluk-beluk batu tersebut,dia pun berangkat menuju pantai yang disebutkan dalam buku kuno itu. Dikatakan dalam buku itu bahawa batu ajaib itu agak hangat bila dipegang, seperti halnya apabila kita menyentuh makhluk hidup lainnya. Setiap hari pemuda itu memungut batu, merasakan suhu batu tersebut lalu membuangnya ke laut jika batu dalam genggamannya itu dingin saja. Satu batu, dua batu, tiga batu dipungutnya dan dilemparkannya kembali ke dalam laut. Satu hari, dua hari, satu minggu,setahun ia berada di pantai itu.Kini menggenggam dan membuang batu telah menjadi kebiasaannya.




Suatu hari secara tak sedar, batu yangdicari itu tergenggam dalam tangannya. Namun kerana dia telah terbiasa membuang batu ke laut, maka batu ajaib itu pun terbang ke laut dalam.Lelaki miskin itumeneruskan ‘permainannya’ memungut dan membuang batu. Ia kini lupa apa yang sedang dicarinya. MORAL KISAH INI: Sahabat, pernahkah kita merasakan kalau hidup ini hanyalah suatu rutin yang membosankan? Dari kecil, kita sebenarnya sudah dapat merasakannya, kita harus bangun pagi-pagi untuk bersekolah, lalu pada siangnya kita pulang, mungkin sambil melakukan aktiviti lainnya, seperti belajar, menonton TV, tidur, lalu pada malamnya makan malam, kemudian tidur, keesokkan harinya kita kembali bangun pagi untuk bersekolah, dan melakukan aktiviti seperti hari kelmarin, hal itu berulang kali kita lakukanbertahun-tahun !!Hingga akhirnya tiba saatnya untuk kita bekerja, tak jauh bezanya dengan bersekolah, kita harus bangun pagi-pagi untuk berangkat ke pejabat, lalu pulang pada petang/malam harinya, kemudian kita tidur, keesokan harinya kita harus kembali bekerja lagi, dan melakukan aktiviti yang sama seperti kelmarin, sampai bila? Pernahkah kita merasa bosan dengan aktiviti hidup kita? Kalau ada di antara teman-temanku ada yang merasakan demikian, dengarkanlah nasihatku ini :“Bila hidup ini cuma suatu rutin yang membosankan, maka kita akan kehilangan kesempatan untuk menemukan suatu nilai baru di sebalik setiap peristiwa kehidupan.” Ertinya, jangan melihat aktiviti yang kita lakukan ini sebagai suatu kebiasaan atau rutin , kerana jika kita menganggap demikian, maka aktiviti kita akan amat sangat membosankan !! Cubalah mengerti setiap peristiwa yang terjadi dalam hidup kita, mungkin kita akan menemukan suatu yang baru, sesuatu yang belum pernah kita ketahui sebelumnya, “Setiap hari merupakan hadiah baru yang menyimpan sejuta erti.”