Tuesday, April 04, 2006

*bahasa melayu*

Assalamualaikum wbt

Tak tau kenapa isu bahasa Melayu sangat-sangat mengheret saya berfikir dan terus berfikir. Mungkin kerana cintakan bahasa itu atau pun entahlah. Tapi sejujurnya Bahasa Melayu yang asli amat indah dan sangat rugilah kita menyepelekannya. Tapi saya faham dengan hakikat, ‘kadangkala kita tidak menghargai apa yang ada disebelah kita sehinggalah kita kehilangannya. Pada saat itu sesalan tiada gunanya.’

Abdullah Munsyi pada tahun 1882 mengenai mentaliti bangsa Melayu terhadap bahasa mereka sendiri:


Adalah suatu hairan lagi tercengang aku sebab melihat dan memikirkan hal orang Melayu ini belum sedar akan dirinya, dia tinggal dalam bodohnya itu oleh sebab ia tiada mahu belajar bahasanya sendiri dan tiada mahu menaruh tempat belajar bahasanya, maka mustahil pada akal adakah orang yang tiada belajar itu boleh menjadi pandai dengan sendirinya. Bukankah segala bangsa di dunia ini masing-masing ada belajar bahasanya?

Membahasa inggeriskan subjek matematik dan sains tidak dinafikan ada kebaikannya tapi memetik artikel faisal tehrani, jika bahasa inggeris yang menjadi masalah, kenapa bahasa Melayuyang diganggu. Entahlah !!

Berdasarkan pengalaman sendiri, saya sekarang belajar menggunakan Bahasa Inggeris baik bukunya, kuliahnya, tutorialnya dan tidak sedikit di hospital kelak. Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik banyak mempengaruhi namun itu bukanlah bermakna Bahasa Melayu diketepikan. Justeru kita perlu lebih proaktif dan bijak menguasai lebih daripada satu bahasa.

Namun adakah sesuai adik-adik kita sekarang belajar sains dan matematik dengan Bahasa Inggeris? Untuk menukar system dalam masa yang singkat agak mustahil tapi apa yang boleh diusahakan sekarang adalah kita berusaha mendinamikkan diri dan terus giat menimba ilmu dengan niat yang ikhlas dan bukan semata-mata peperiksaan sahaja. insyaAllah keberkatan ada di situ.

Walau yang demikian, kedaulatan Bahasa Melayu tidak patut dilupakan. Penguasaan banyak bahasa amat penting untuk survival dalam dunia yang telah diglobalisasikan ini.

Ibnu Khaldun dalam Mukaddimah kerana salah satunya bahasa selain budaya yang dapat membina peradaban dan tamadun. Bahasa sendiri, bahasa jiwa bangsa tersebut, justeru kedudukan bahasa Melayu yang hari ke hari, tahun ke tahun sedang terancam ini menggugat bangsa Melayu sendiri dan bangsa Malaysia semuanya secara umum.
*Untuk Cinta*
--------------
Cinta bukan untuk diperbincangkan
Cinta bukan untuk ditakar
Cinta bukan untuk diukur
Cinta ada untuk Cinta

Cinta untuk dirasakan
Cinta untuk dinikmati
Cinta untuk dibagi
Cinta ada untuk Cinta

Cinta adalah perjuangan tanpa henti
sesederhana apapun itu...
Cinta adalah memberi tanpa henti
sekecil apapun itu...
Cinta adalah pengharapan tanpa batas waktu
selama apapun itu...

dan aku menjadi heran karena masih saja ada
kata 'terlalu cepat' atau 'terlalu lama'
untuk cinta