Membaca teks soal jawab dengan Ali Bukahri Amir mengenai perbezaan intelek dan pemikir melempar saya ke kondisi dan budaya golongan berilmu era ini. Saya katakan era ini kerana sejajar dengan kata ‘era’ dalam konteks era globalisasi. Dalam era inilah pelbagai terminology pening muncul dan kerana banyaknya pemutar-pemutar alam, fakta-fakta penting dan benar boleh dimanipulasikan dan andaikata kita tertipu, bahaya sedang menanti kita di hadapan.
Semua pemikir adalah intelektual tapi tak semua intelektual adalah pemikir. Memikirkan apa? Apakah memikirkan hal-hal sepele dikatakan pemikir? Atau apakah memikirkan hal-hal negara didefinisikan pemikir?
Selagi hal yang difikirkan adalah untuk kemaslahatan umat, tak kira sekecil manapun ia wajarlah satu penghormatan diletakkan pada para pemikir ini. Selagi fikiran mereka yang menjurus kepada pembangunan minda, rohani dan jasmani umat dan tentunya berladaskan Al-Quran dan As-Sunnah selagi itu tittle intelektual ulung melekat ternobat pada mereka dan bukanlah untuk tujuan komersial atau popularity.
Adapun di kalangan orang banyak, walaupun ilmunya penuh di dada belum tentu ia mampu dan mahu menggunakannya untuk tujuan pembangunan ummah. Mungkin definisi pembangunan perlu ditekankan kerana apa yang penting dalam kemajuan manusia abad ini bukanlah semata-mata kemajuan material namun turut memerlukan usaha dan kerja keras dalam mendaulatkan pembangunan dan kemajuan minda dan rohani ummah. Ini amatlah sedikit dititikberatkan kerana hasil dakyah sesat, definisi kemajuan manusia abad ini dikecilkan skopnya ke arah pembangunan teknologi dan sains semata. Kemanakah dilontarkan ketulusan hati dan ketinggian akal budi? Bukankah suatu masa lalu kerana tingginya peradaban kita, ilmu pengetahuan dan kuasa kepimpinan dipelopori oleh kita?
Mungkin kita terlupa kesimpulan dari salah satu perang terbesar di dunia iaitu kekuatan kita adalah jika diserang secara fizik. Sebanyak manapun bilangan bala tentera lawan kerana niat jihad fi sabilillah itu kita bisa menongkah dunia. Bisa memenangi setiap perang. Tapi kerana kemenangan itu jugalah pihak musuh menukar strategi perang kepada perang saraf. Satu bentuk perang baru yang memamah dan menghancurkan Islam sedikit demi sedikit. Dengan cara paling halus dan penuh tipu muslihat. Dan hasilnya sangat-sangat membanggakan golongan sesat itu.
Namun, apakah yang sedang kita lakukan sekarang. Untuk menandingi mereka secara material, teknologi dan kekuasaan jelas-jelas kita tertinggal di belakang. Tetapi, adakah kita ingin terus-menerus dijajah secara minda lagi. Biarlah tidak gah dari jumlah senjata dan angakatan tentera tapi sekurang-kurangnya janganlah kalah dari segi semangat jihad fi sabilillah. Hanya itu senjata kita dan ia telah terbukti berkesan dan amat digeruni. Namun komplikasi dari perang saraf itu sendiri terlihat jelas di mana semangat jihad semakin cair dalam jiwa dan diganti dengan kecintaan terhadap dunia yang terlalu berlebihan. Benarlah kata-kata bahawa umat Islam akhir zaman nanti semakin terkebelakang dan dimanipulasi oleh umat agama lain kerana semakin takut mati dan tingginya cinta terhadap dunia.
Rentetan dari kekalahan golongan sesat itulah maka dakyah mereka semakin bercambah dari hari kehari. Dan kita pula terus terlena dengan kejayaan dan kemenangan sebelum ini hingga terlalai dan terkulai. Pelancaran 5S;sex,skrin,study,sports,sing yang nampak simple amat-amat menggigit dan menggugat kredibiliti ummat Islam kini. Kemunculan 5S ini amat-amat disedari oleh kita namun kita tak terasa dimamah olehnya lantaran halusnya dakyah ini. Dan kelangsungan dakyah ini sudah lama dan telah sebati dalam jiwa setiap kita dan saya percaya jika mana-mana usaha untuk membuang kebiasaan ini amatlah sulit walaupun di kalangan orang yang sedar sekalipun.
Namun, ini bukanlah bermakna kita berputus asa meregangkan 5S ini dari kehidupan sehari-hari tapi sebolehnya sedikit demi sedikit pengaruhnya mampu berkurang. Jihad yang boleh dan amat-amat sesuai dalam era yang telah diglobalisasikan ini adalah jihad mental. Kerana penyerang kita juga menggunakan kaedah ini untuk menjajah umat manusia. Hal ini dapatlah dicapai melalui perkembangan ilmu dan fikiran. Banyak buku-buku yang membahaskan kekalahan mental ummat zaman ini dan mungkin dengan studi-studi kita mampu mengorak arus kemodenan dengan kemajuan material dan juga nilai-nilai murni.
Dalam satu perbincangan di sebuah majlis ilmu isu jihad pernah dikemukakan. Terdapat pelbagai cabang dari jihad itu sendiri dan setiap individu memenuhi ruang masing-masing mengikut ilmu dan bidang upaya sendiri. Ada yang berjuang dan berjihad dengan mengangkat senjata, ada yang berjihad dari sudut ekonomi, social, politik dan tidak sedikit yang berjihad dengan ilmunya ditambah pula bidang ilmu itu sendiri multidisiplin. Sempat juga kami menyentuh isu bom berani mati dan pelbagai respond dapat ditemukan. Tidak sedikit yang kurang bersetuju dengan tindakan ini namun siapalah kita untuk menilai langkah dan niat mereka. Kita doakan semoga roh-roh umat Islam yang terkorban dalam bom berani mati itu meninggal dalam jihad dan sesunggunhnya kerana jihadlah mereka bertekad sedemikan kukuh. Dalam pada itu, usaha kita, orang-orang yang masih tinggal di dunia ini bukanlah berdiam diri, melainkan sentiasa mencari usaha dan akal untuk menyebarkan agama Allah. Dan saya lebih suka jika cara penyebaran itu bebas dan tidak stereotaip. Hal ini kerana hidayah itu bukanlah datang dengan satu cara sahaja melainkan banyak cara. Wallahualam.
Conclusion:
Jihad harus diawali dengan diri sendiri. Walaupun kedengaran mudah tapi jika jihad melawan nafsu sudah dikuasai, dengan mudah suatu anjakan paradigma berlaku. Kunci utama kekalahan ummat islam akhir zaman telah diberitakan dalam banyak buku iaitu kerana kuatnya cinta kita pada dunia dan kerana takutnya kita pada kematian. Jihad yang paling besar bukanlah berlawan di medan perang tetapi yang utama melawan dan menguasai nafsu melalui ilmu dan iman, insyaAllah.
Friday, July 07, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment