Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Thursday, August 21, 2008

~menjadi manusia cemerlang~

MENJADI manusia cemerlang idaman semua orang. Seorang pekerja mahu menjadi pekerja cemerlang, dikagumi dan dihormati. Pelajar juga tentu selalu bercita-cita atau paling kurang berangan-angan menjadi pelajar cemerlang.

Ibu bapa juga selalu berharap dapat menggalas tanggungjawab dengan cemerlang, begitu juga suami isteri tentu mahu menjadi pasangan cemerlang untuk pasangannya.

Namun apa itu cemerlang? Apakah seseorang itu dianggap cemerlang apabila telah melepasi piawaian yang ditetapkan seperti pelajar yang mendapat semua A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Benar, ini adalah kecemerlangan yang mesti diusahakan semua pelajar juga semua orang, namun ada lagi kecemerlangan hakiki yang jangan sekali-kali terlepas iaitu kecemerlangan sebagai seorang hamba Allah yang dapat mendiami syurga di alam akhirat.
Kecemerlangan bermula dari dalam diri. Keimanan dan ketakwaan dapat mengubah diri malah mampu mengubah dunia.

Allah berfirman dalam surah at-Talaq, ayat 2-3 bermaksud: "Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Dia (Allah) akan mengadakan baginya jalan keluar dan Allah akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. "

Bagaimana mahu menjadi seorang yang bertakwa? Soalan ini pernah ditanya Umar bin al-Khattab kepada sahabat, Ubai bin Kaab.

Ubai berkata: Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri?
Jawab Umar: Ya, pernah.

Ubai bertanya lagi: Apakah yang kamu lakukan ketika itu?

Umar berkata: Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh.

Ubai berkata: Itulah takwa.

Abdullah bin Mas'ud mentafsirkan takwa sebagai melaksanakan ketaatan, tidak melakukan maksiat, sentiasa mengingati Allah, tidak lalai, sentiasa bersyukur dan tidak kufur.

Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia. Malah, kecemerlangan di dunia dapat menjadi alat untuk mencapai kecemerlangan di akhirat.

Orang bertakwa yang cemerlang di dunia akan cemerlang di akhirat.

Seorang yang mahu cemerlang di dunia akhirat boleh menjadikan tip ini sebagai panduan:

Pertama: Laburkan masa untuk merancang hidup.

Kedua: Tentukan matlamat kerana matlamat yang jelas memudahkan perjalanan hidup agar tidak menjadi seperti kapal tanpa nakhoda yang hanyut dipukul ombak.

Ketiga: Tentukan keutamaan dalam hidup anda, letakkan kehendak Allah di depan.

Keempat: Lakukanlah perkara yang betul dan buat betul-betul. Jangan membazir masa dengan melakukan benda sia-sia.

Kelima: Utamakan kerja yang penting daripada yang kurang penting. Jangan melengah-lengahkan kerja yang penting kerana ia boleh menjadi kerja yang sukar nanti.

Keenam: Jangan berazam mahu menjadi sangat sempurna, kerana hanya Allah Yang Maha Sempurna. Jika kita tidak mahu mencuba kerana takut gagal, kita takkan ke mana-mana. Jangan buang masa dengan perasaan was-was.

Ketujuh: Buangkan sikap suka menangguhkan kerja, umpama orang yang diamanahkan membawa beras seguni sehari tetapi menangguhkan hingga sepuluh hari, akhirnya tidak mampu dia hendak memikul sepuluh guni beras sekali gus.

Kelapan: Belajar untuk berkata TIDAK pada perkara yang tidak penting dan sia-sia. Jadilah seorang yang tegas pada diri sendiri.

Kesembilan: Hargailah diri anda sendiri, buat yang terbaik untuk diri anda agar dapat mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Wallahualam.., semoga bermanfaat.aminn..

it's for life, not for school that we learn...!

Tuesday, July 15, 2008

bingkisan dari DIA

"Ketika Aku menciptakan seorang perempuan, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.

Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.


Aku memberinya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.


Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang lain menyerah dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.


Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap menyakiti hatinya.


Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.


Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti hati isterinya, tetapi kadang menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.


Dan akhirnya, Aku memberinya airmata untuk dititiskan. ini adalah khusus miliknya, untuk digunakan bila pun ia diperlukan."

Sunday, April 20, 2008

homesick home...

tengah wat homework ni..banyak btol..smbil2 tu sy baca2 blog org len..n 1 post ni mmg syahdu ditambah sy membacanya smbil dilatarbelakang kan oleh lagu i don't want want to miss a thing- by aerosmith...pd waktu hening pagi2 kol 3.00 am..mmg sayu je hati teringat msia yg dh brape lm x blk...lebih2 teringat ayah n ibu kt umah tinggal berdua je..anak2 seramai 7 org sume dh kuar menuntut ilmu(semoga usaha kita menuntut ilmu dihitung ibadah kerana Allah)..utk kita yang bergelar anak...sy dedicate kan madah ni taken from http://www.iresta.blogspot.com/...

Ketika berusia setahun,ibu suapkan makanan dan mandikan kita.
cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain,kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang, kita ucapkan terimakasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensel warna, kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Ketika berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita kesekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit :"tak nak! tak nak!".

apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola.cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecah kancermin tingkap jiran.

menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim, kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah,kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan pontengkelas.

berusia 10 tahun ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja, kita ucapkan terimakasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.

menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat,kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.

ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun.

ketika berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke ipta,kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.

ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayaryuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama, kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengankawan-kawan.

berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa,kita kata, "? itu bukan urusan ibu."

setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya, kita kata, "saya tak mahu jadi seperti ibu."

apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan? . "perabot pilihan ibu aku tak cantik, tak berkenan akuuu!"

menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan, kita menjeling dan merungut, "ibuuu,tooooolonglahhh? ."

ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita,tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

pada usia kita 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata,"? itu dulu, sekarang zaman moden."

ketika kita berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di kampung, kita berkata,"kami sibuk, tak ada masa nak datang."

apabila kita berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal!
khabar itu bagaikan petir! dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.jika ibu masih ada, sayangi dia. jika telah meninggal, ingatlah kasih dan sayangnya. sayangilah ibu kita, kerana kita semua hanya ada seorang ibu kandung.

bu, i love u soo mucchhh...muahh

Wednesday, August 01, 2007

adam dan hawa

Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi padaKekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yangada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan