tanggal 31 bulan lapan 57
hari yang mulia hari bahagia
sambut dengan jiwa yang merdeka
mari kita seluruh warganegara
ramai-ramai menyabut hari merdeka
31 bulan 8 57 hari mulia negara ku merdeka
lalalalalalal(tak hafal laa lirik)
dah masuk bulan kemerdakaan.pasti negara sibuk dengan kempen mengibarkan bendera.dan pasti perbincangan yang tiap-tiap tahun berulang apakah kita benar-benar memaknai erti kemerdekaan itu sendiri.
pasti setiap orang apabila disodorkan dengan pertanyaan tentang makna merdeka mempunyai jawapan masing-masing.kerana maksud merdeka boleh berubah mengikut kondisi ia digunakan.apabila menyentuh tentang kemerdekaan dari kuasa penjajah maka erti merdeka sangat istimewa dan indah.tapi apabila ia bermaksud bebas dari kepompong undang-undang dan perturan ia bisa memberi kesan lain pada intonasi perbincangan.apabila orang ramai berjuang menuntut kebebasan hak, apakah itu adalah erti merdeka yang sebenarnya.bukankah kehidupan ini ada norma-normanya yang harus dipatuhi dan erti bebas serta merdeka tidak boleh diguna pakai dan di jual beli sesuka hati.
>>kita tak pernah bebas dari aturan.bumi ada Pengaturnya.langit ada Pengaturnya.ombak memukul pantai mengikut aturanNya.
"sesungguhnya perintahNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya:"Jadilah!" maka terjadilah ia."-dari Yang Maha Mengatur
Wednesday, August 01, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment