Thursday, August 21, 2008

~menjadi manusia cemerlang~

MENJADI manusia cemerlang idaman semua orang. Seorang pekerja mahu menjadi pekerja cemerlang, dikagumi dan dihormati. Pelajar juga tentu selalu bercita-cita atau paling kurang berangan-angan menjadi pelajar cemerlang.

Ibu bapa juga selalu berharap dapat menggalas tanggungjawab dengan cemerlang, begitu juga suami isteri tentu mahu menjadi pasangan cemerlang untuk pasangannya.

Namun apa itu cemerlang? Apakah seseorang itu dianggap cemerlang apabila telah melepasi piawaian yang ditetapkan seperti pelajar yang mendapat semua A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Benar, ini adalah kecemerlangan yang mesti diusahakan semua pelajar juga semua orang, namun ada lagi kecemerlangan hakiki yang jangan sekali-kali terlepas iaitu kecemerlangan sebagai seorang hamba Allah yang dapat mendiami syurga di alam akhirat.
Kecemerlangan bermula dari dalam diri. Keimanan dan ketakwaan dapat mengubah diri malah mampu mengubah dunia.

Allah berfirman dalam surah at-Talaq, ayat 2-3 bermaksud: "Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Dia (Allah) akan mengadakan baginya jalan keluar dan Allah akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. "

Bagaimana mahu menjadi seorang yang bertakwa? Soalan ini pernah ditanya Umar bin al-Khattab kepada sahabat, Ubai bin Kaab.

Ubai berkata: Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri?
Jawab Umar: Ya, pernah.

Ubai bertanya lagi: Apakah yang kamu lakukan ketika itu?

Umar berkata: Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh.

Ubai berkata: Itulah takwa.

Abdullah bin Mas'ud mentafsirkan takwa sebagai melaksanakan ketaatan, tidak melakukan maksiat, sentiasa mengingati Allah, tidak lalai, sentiasa bersyukur dan tidak kufur.

Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia. Malah, kecemerlangan di dunia dapat menjadi alat untuk mencapai kecemerlangan di akhirat.

Orang bertakwa yang cemerlang di dunia akan cemerlang di akhirat.

Seorang yang mahu cemerlang di dunia akhirat boleh menjadikan tip ini sebagai panduan:

Pertama: Laburkan masa untuk merancang hidup.

Kedua: Tentukan matlamat kerana matlamat yang jelas memudahkan perjalanan hidup agar tidak menjadi seperti kapal tanpa nakhoda yang hanyut dipukul ombak.

Ketiga: Tentukan keutamaan dalam hidup anda, letakkan kehendak Allah di depan.

Keempat: Lakukanlah perkara yang betul dan buat betul-betul. Jangan membazir masa dengan melakukan benda sia-sia.

Kelima: Utamakan kerja yang penting daripada yang kurang penting. Jangan melengah-lengahkan kerja yang penting kerana ia boleh menjadi kerja yang sukar nanti.

Keenam: Jangan berazam mahu menjadi sangat sempurna, kerana hanya Allah Yang Maha Sempurna. Jika kita tidak mahu mencuba kerana takut gagal, kita takkan ke mana-mana. Jangan buang masa dengan perasaan was-was.

Ketujuh: Buangkan sikap suka menangguhkan kerja, umpama orang yang diamanahkan membawa beras seguni sehari tetapi menangguhkan hingga sepuluh hari, akhirnya tidak mampu dia hendak memikul sepuluh guni beras sekali gus.

Kelapan: Belajar untuk berkata TIDAK pada perkara yang tidak penting dan sia-sia. Jadilah seorang yang tegas pada diri sendiri.

Kesembilan: Hargailah diri anda sendiri, buat yang terbaik untuk diri anda agar dapat mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Wallahualam.., semoga bermanfaat.aminn..

it's for life, not for school that we learn...!

Saturday, August 09, 2008

I asked for strength...and I was given difficulties...to make me strong,

I asked for wisdom...and I was given problems...to solve,

I asked for prosperity...and I was given a brain and brawn...to work,

I asked for courage...and I was given obstacles...to overcome,

I asked for Love...and I was given troubled people...to help,

I asked for favor...and I was given opportunities...,

I received nothing I wanted,

But...,

I received everything I need...!



.: it's for life, not for school that we learn...! :.

Thursday, July 17, 2008

kalimantan, part 2

bsok pagi sy bangun kol 4 pagi waktu kalimantan timur(kaltim), sama ngan waktu msia...awal satu jam dr waktu jogja(jogja:3 am)...sy bgn coz skt perut plus dengar azan..sy pon semayang laa subuh...then dh x dpt tdo coz perut sgt sakit dan memulas2...1 jam kemudian dngar azan lagi...huahua...baru masuk subuh rupenye!!..td azan nk kejutkan org kot...sy semayang lg...perut semakin memulas dan bermulalah sesi ulang alik sy ke toilet....muntah2 dan buang air besar/muntah berak(read:muntaber)..

sampai pagi tah dah berapa kali saya muntaber...pagi tu get ready nk g puskesmas for the 1st time...breakfast dh ready...(selalu kt jogja xde org siapkan, sini ibu tu(ibu sri) sgt baik)...kami pon pergi n sy ngan badan sgt lemah pergi gak...mcm biasa laa kt sane berkenalan then tugas kat poliklinik(poli) dh bermula...check patient, educate, prescribed, mcm biasa tergantung condition masing2...

sepanjang seminggu sy kna diarhhea+vomitting...badan sgt lemah..ape yg sy mkn msti kluar...dh mkn ubat, minum oralit, minum air yg byk, still cmtu...
dorang ckp ni adaptation...ape2 laa...

masuk minggu kedua smpai mnggu ke6 sy dh ok...kalo dlu tak lalu mkn, skrg sy yg paling byk makan...ok, xyah citer laa psl bende2 tu...sy upload byk2 gamba kami kt sane k...

here goes...


Pic: Puskesmas Muara Badak...ngan staf2 puskesmas. note that i'm not in the picture..Y? coz i'm the one that shot the photo..huahua(naseb si photog)





nk jugak masukkan gamba photog...ok, ni masih dlm puskesmas..sume pkai payung coz minggu2 awal tu ujan je...
ok, server down..xboley upload gamba lg...
to be continued....
boley jugak view kt my friendster...

kalimantan, part 1

dah beberapa hari balik dari kalimantan tapi saya belum post entry tentang 6 minggu kt sane..bukan xde mase(coz ade seminggu cuti ni, wpon tgh final touch kalimantan's report), tapi saya xde idea cmner nk post entry ni..sy nak buat pembaca betol2 merasai ape yg sy rase sepanjang 6 minggu kt sane..


sblum dtg, mlm tu sy post ~leaving on a jetplane. mase tuh sy btol2 heran camner sy bole tekad nk g kalimanatan sedangkan sy xde idea langsung kt sane mcm mn plus sy dh dbgtau mcm2 cerita yg dasyat2....tp psl dh dftar n dh bayar, sy kna g jugak...

pic: baru sampai kat airport sepinggan, balikpapan, kalimantan timur. kami berempat(acep,demi,fida, fika) akan tinggal bersama2 dlm 6 minggu kat satu tempat bernama Muara Badak. (Rumors:muara badak banyak buaya, jauh sgt2, xde line tepon, xde kedai, ade org dayak telinga panjang(maaf ye bukan nak mengejek,dlm hutan,)…so, normalla sy takot kan..?

sebelum pergi, sume org nasihat kan kat anak2 muara badak spy hati2, n kami pon dah separuh kurang semangat...expectation sgt rendah...baggage sy overload coz byk bwk mknan..huhu..

sampai2, kami dijemput oleh pihak TOTAL(company minyak yg jd sponsor), dibawa lunch(best gak laa tempatnya(tapi xde selera, tp mkn byk gak coz dorg kata ni last treat b4 we reach the jungle)huahuahua...

perjalanan diteruskan dari balikpapan ke samarinda, about 3hours journey. sampai di samarinda kami ke hotel borneo-swiss(tempat penginapan lecturer kami utk mlm tu). utk pengetahuan, 2 doc kami ikut, masing2 adalah advisor utk msg2 grup (grup muara badak=kami, dan grup anggana) n mereka akan ikut ke tempat masing2, hantar kami ke rumah mak angkat then pulang mlm tu jugak..so kat hotel ni, kami tunggu pihak DinKes/Dinas Kesihatan(read:jabatan kesihatan), sorang doc utk bg taklimat.

dekat nak maghrib kami berpecah. anggana terus ke anggana n kami memulakan perjalanan ke Muara Badak(a far faraway land) dgn doc dr Dinkes+advisor kami. perjalanannya, seperti yg dah dibgtau, sgt jauh, berliku2, berlubang2, gelap gelita and mabuk. sy makan ANTIMO(brand name ubat muntah) sebab xnk hal2 yg x diingini berlaku.sempat lak kami dinner dlm perjlnan tu, solat, cuci muka etc...

perjalanan diteruskan,sy x sure ape yg terjadi coz sy ZZZzzzzzzz....tau2 dah sampai kat depan puskesmas(read:klinik desa) yang kebetulan sebelahnya umah doctor kt situ. sesi perkenalan lebih kurang, then gerak ke tempat tinggal...masuk2, bg salam, berkenalan, antar barang msk bilik...1st impression, bilik ok(spring bed, fully furnished), toilet??(ok laa,lengkap)...sy dh suka...homy and cozy...hati sy dah lapang...lain2 sy tak kesah...

g dapur, tolong angkat air ke depan....minum2 n dh smpai mase mama kami pulang(our advisor)...salam2 then kehidupan baru bermula....

to be continued......

Tuesday, July 15, 2008

bingkisan dari DIA

"Ketika Aku menciptakan seorang perempuan, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.

Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.


Aku memberinya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.


Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang lain menyerah dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.


Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap menyakiti hatinya.


Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.


Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti hati isterinya, tetapi kadang menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.


Dan akhirnya, Aku memberinya airmata untuk dititiskan. ini adalah khusus miliknya, untuk digunakan bila pun ia diperlukan."

Friday, July 11, 2008

tag oh tah

i'm tagged....,by Nurul Iman Abdul Rahim..

I've watched a programme at astro where a reseach has been done to see some habbits of university students and here are the top 10:

sleep
makan maggi
stay up
last minute assignment
dating
main game
tgk movie
afraid of seeing the lecturer for CH
lazy to wake from sleeplast minute study

1) sleep:sy mmg kuat tdo..kt mn2 pon bole tdo..kalo dh tdo, bom jatuh pon x dgr..tp dgn tdo yg berkualit w/pon kejap je, dh bole buat sy segar lg...

2) makan maggi:stat ske mkn maggi time matrix n smpai skg ske gak..tp dh set interval utk mkn maggi minimal 3 hari..tp kdg2 langgar gak peraturan tuh..tp janji, i nk improve..!tp ASAM LAKSA selalu memikat i...

3) stay up:w/pon kuat tdo tp if keadaan menyebabkan terpaksa stay up, sy akan stay up..tp ini berhubungan erat dgn habit seteusnya ni..last mnt assignment..Astaghfirullah..tp bukan tu je, if nk exam or if kna jaga kt hosp, tu mmg biase..plus if idea memblog dtg pon, bole stay up smpai pagi..(semoga bermanfaat, insyaAllah)..

4) last minute assignment: hobi jugak ni tp lately dh kurang coz deadline jap je hingga xde last mnt..masa begitu cepat berlalu..mcmmn 24 jam sy bole benar2 bererti mcm 24 jam para pengemban ilmu dan dakwah??

5) dating: uish..ni pon selalu gak..xpe laa kan sekali sekala dating.. selalu pon xpe..kalo x dating nnti xde tempat berbual, mengadu dan bermanja plak kan?tp yg penting ngan sape kita dating...if dating with fren (usrah), books(stdy), with Allah (solat wajib, solat mlm), dating ngan laptop (browsing).....Y NOT ???*_*

6) main game: ske sgt zuma, beetle bomp, solitaire, rocket mania ...tp berpada2 laa.kalo dh penat wat kja, nk refresh jap, xpe kan??tp biasalah, kalo dh main 1 round, nk lagi..(ni saya la)..huhu..so kna ada azam yg kuat uk stop main...owh, susah betul nk mendidik jiwa ini...!!

7) tgk movie: ske tgk movie yg best je..slalu my good fwen(nama dirahsiakan) akan men'suggest' any movie yg best2.. selalu kalo die approve best mmg best n ade pelajaran coz die mmg tau my taste..tq my dear fwen..xpe je tgk movie s long s kt tau tujuan kt tgk..kt x cukup masa utk belajar semua thru xperience, thru reading, so hopefully good movies bole mengaja sesuatu..

8) afraid of seeing the lecturer for CH: takot gak if nk jmpa..tp buat2 PD jer..

9) lazy to wake from sleep: uish dh smpai habit 9 sume yes..!!kpd orang di sekeliling ku yg rapat, hanya kalian yg bisa menjawab tag no 9 ni..how lazy i'm to wake from sleep...(sy admit!!)

10) last minute study:sebenarnya kt dh stdy dr awal, tp biase lah bile dh last mnt kan bertambah nervous, so faktor psikis ini mempengaruhi responden2 yg menjawab questionaire ni, betol tak(hehe nk sedapkan hati)...ape2 pon, pada saat akhir, kapasitas dan kualitas kerja/stdy bertambah berpuluh kali ganda..xpe2 teruskan usaha kita semua..berjuang hingga ke titisan darah terakhir..CAIYOK!!

semoga kuasa tag ini mampu menambah muhasabah diri kita dan sekaligus meningkatkan kapasitas produktiviti kita selama hidup di muka bumi ini...amiin..

I'm tagging...

1. emann back..!
2. cikgu tijah
2. firza
3. toy

Monday, June 02, 2008

leaving on a jetplane

all my bags are packed and i'm ready to go....

long way to kalimantan...


bismillahirrahmanirrahim,
alhamdulillahillazi sahharalana haza wama kunna lahu mukriniin, wainnaa ila rabbinaa lamun qalibuun...

Ertinya: maha suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini bagi kami, sedangkan kami tiba dengan mudah dengannya dan kepada Allah kami kembali.
(Doa naik kenderaan)


gambaran kalimantan timur (muara badak) dari penceritaan dan gambar-gambar...Wallahualam
p/s: doakan saya selamat pergi dan selamat kembali. semoga 6 minggu di sana, saya mendapat manfaat darinya...dan diterima sebagai ibadah kepada Allah S.W.T...amiin..

Tuesday, May 20, 2008

rumble grumble

menjadi muslim adalah nikmat yang tak terhingga yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada kita. nikmat ini walaupun kita dapatkan dari kedua ibu bapa kita, merupakan suatu hadiah berharga. tidak semua dari kita dilahirkan dalam keadaan beriman, ramai yang mencarinya dengan susah payah, tak sedikit juga yang tidak mendapatkan nikmat iman sampai maut menjemput. Jadi perlukah kita, yang bergelar muslim, bertuhan Allah yang Esa, Nabi Muhammad S.A.W. sebagai imam sepanjang zaman, Al-Quran sebagai hujah, membuat hidup yang cuma sakali ini sia-sia.

tidak maukah kita mengukir nama dalam sejarah peradaban manusia, sebagai penyumbang pembangunan ummah? tentu setiap kita, walaupun tidak banyak, ada kemahuan ke arah itu. cuma mungkin belum cukup baik, tak punya masa(belajar, bekerja,keluarga,kawan2), tak banyak ilmu dan berjela-jela alasan lagi. tapi sampai bila alasan ini terus menjadi penghalang seseorang mengembangkan potensi diri? sampai bila ia menjadi penghalang terhadap cita-cita murni kita untuk melihat Islam tertegak lagi di muka bumi, orang tak memandang kita sebelah mata.., atau kita sendiri malu mengetengahkan Islam.?

tapi mungkin ada yang beranggapan, walaupun aku tak menyumbang kepada pembangunan ummah, sekurang-kurangnya aku tak membantu meruntuhkan peradaban Islam? betul ke?

tinggal tanda tanya..??

atau ada yang peduli..?